Sepanjang minggu ni asyik tak sihat ja. Mula2 jangkit selsema + bersin dari aby sejak isnin lepas tapi sebab tak mau makan ubat punya pasal, biar camtu ja. Masuk ja rabu dah tak tahan so aku pi la klinik panel amek MC, jawabnya kena ponteng posa la. Doktor ada bagi ubat low dose untuk orang pregnant cam aku, tapi still tak berani nak makan. Kalo bleh nak elak makan2 ubat time pregnant neh!
Ari kamis ada checkup dengan gynae kat private. Punya la excited sbb checkup ngn gomen 2 minggu lepas tak leh tengok baby masa scan (refer last entry). Timbang berat dah turun plak 0.5 kg, so skrg dah jadi 52 kg. Apa nak jadi nih, sebelum pregnant berat 53 tapi skrg dah masuk 21 minggu berat menten kat 52 ja, mcm mana?!! Masa scan baby sihat, tanya gender doktor kata boy tapi tak official. Dah 2 doktor kata boy ni, rasanya btul la kot.. Alhamdulillah.. Doktor pun dah start bagi obimin, harapnya dengan makan obimin + pil kalsium (ganti susu sbb tak leh minum) baby akan sihat memandangkan mak dia ni dok menten kurus ja.
Masa sahur pagi jumaat terpaksa gak amek ubat selsema tuh, tak tertahan dah rasanya hingus meleleh. Kesannya mengantuk sepanjang ari plak and aku dah start risau takut effect baby. Malam lepas buka posa ikut aby balik AS sbb dia kena ganti skolah esoknya. Sahur malam tu dah xlalu makan sbb idung dua2 belah tersumbat, naya btul bernafas kot mulut ja. Lepas babai aby pi keja sambung tido tp terjaga plak sbb sesak nafas. Maunya tak, lubang idung dua2 tersumbat. Dengan sabarnya aku tunggu aby balik keja then kui 3 pi klinik. Doktor tu pun macam blur2 ja cek aku, dia bagi ubat tp macam besa aku tak makan. Aku ponteng posa lagi, huhu..
Sepanjang ari tu mmg dah perasan baby tak gerak. Dok terpikir la sbb makan ubat selsema semalam ke yang buat dia ngantuk gak. Sampai ke malam pun tak gerak gak so panik la aku ngn aby. Last2 aby bawak pi klinik lain plak pi scan (gynae tetap aku kat SP tp dah minggu ni kat AS terpaksa bantai je pegi klinik biasa). Bila nampak heartbeats baby rasa lega sangat, then amek kesempatan tanya doktor baby boy ke girl, dia kata boy jugak. Confirmlah baby boy sbb 3 doktor berbeza dah kata camtuh, Alhamdulillah!
Cerita ari ahad plak bangun pagi ja dah memulas perut. 'Cherry berry' sampai 4-5 kali, rasanya gara2 terlebih minum orange juice tropicana kononnya nak dapat vitamin C untuk legakan selsema. Aduhai, macam2 jenis sakit dah nih. Dugaan pembawakan budak orang kata.
Isnin pun sakit perut lagi tp skit2 ja. Petang balik SP tapi perut mmg rasa tak best. Arini pi keja then tetiba idung berdarah plak.. Uwaaaa.. Apsal selalu sakit ni, takutnya kesihatan aku yg tak berapa elok ni akan effect baby. Harapnya esok dah sihat, InsyaAllah.
p/s: panjang entry ni and dalam bm plak tuh, hehe

No comments:
Post a Comment