Tuesday, October 18, 2011

~ Mekap ~

Jenuh tonyoh!
Sejak seminggu dua ni kat opis mesti orang tegur, "ada event apa hari ni?" atau pun "nak pi mana ni?". Paling kurang mesti tengok pelik kat aku, tensen sungguh!

Ni semua akibat bermekap la. Nampak sangat aku nih serabai memanjang bila pi opis, jadinya bila calit mekap sikit jer orang dah heran. Malu pulak tapi sebab sayang duit punya pasal dah beli segala benda alah tu maka harus la bermekap habiskan semua kang expired rugi. Tu pun aku gagah jugak calit sana sini selang 2-3 hari sekali kalo tetiap hari gamaknya jenuh keja tak jalan.

Sejak ada anak ni memang tak sempat dah nak solek molek nih, mai opis pun sikat rambut dalam keta ja masa stuck in traffic jam. Bukan la nak kata tak mekap lansung tapi cuma hari spesel macam koir ka, sambutan raya ka.. Hari lain mintak maap biar la berserabut pun memang tak sempat dah <-- dah la tak mekap, pakai pun serabai, makin lama makin gemok.. Tak serupa gaya pegawai lansung harap kat blazer ja, haha! 

Mekap baru tu suma beli sebab nak pakai masa dinner last July.. Tapi satu lagi pemangkin bermekap bagai nak rak semenjak dua menjak ni sebab nak guna lipstick Dior yang sebatang RM95 tuh.. Barang mekap paling mahal yang aku penah beli dalam seumur hidup, semata mata nak cukupkan total of purchase nak dapat free mascara, haha! Lagi RM5 ja nak dapat free mascara tp kena beli lipstick yg RM95, haha.. Ada ka barang CD yang rega RM5 kan?! Apsal aku tak decide tak yah amek mascara free supaya RM90 tak melayang?! 

Betul bendul betui time tu! Ha jenuh mekap la ni, nak menten mekap tak cayaq lagi, amek ang!

No comments: