Sunday, June 05, 2011

~ Seth Tan: Suami Idaman ~


Ada ke lelaki macam Seth Tan? Berapa ramai? Suami korang ada sebijik macam Seth Tan? Sadly, kompem jawapan korang untuk suma soklan tu 'tak pun' or paling kurang 'ada la jugak skit-skit'. Best kan cita Nora Elena ni asyik buat kita terbuai dengan rasa cinta seorang suami terhadap sang isteri.Tambah pulak dengan ayat-ayat romantik yang buat kita sendiri tersengih sorang-sorang depan tv, awwwwwwww!

Sejujurnya la mesti suma orang nak suami macam Seth Tan tu kan, aku pun sendri nak. Dah berkali-kali dah aku cakap kat Inchek Zul macam ni, "abi, nanti abi buat la suprise macam Seth buat tu kat kita" or "abi selalu kena sabar ngan kita macam Seth sabar ngn Nora" dan yang pasti jawapan dia buat aku rasa awat la aku bukan Nora Elena, huhu..

Jadi untuk kembali ke alam realiti aku pun mengimbas balik kenangan lama ngan Inchek Zul, not bad la. Ada ja suprise yang dia buat tapi mostly masa zaman bercintan cintun, bertunang and mula kawen, lepas kawen sumanya straight forward, nak apa bagitau dia kang dia bagi apa-apa yang suprise aku tak suka plak kan. Tapi paling bermakna buat aku jadi masa around birthday aku tahun lepas berkaitan ngn gambar nih:

Mother and son..
Aku suka sangat moment yang dia capture dalam gambar ni so aku bagitau dia gambar ni mengimbau kenangan lama aku dok ngn mama atas buaian ni and aku rasa bersyukur sebab sekarang aku masih dok ngan mama atas buaian ni, mama plak dah merasa dok ngn cucu dia and aku plak dah dok ngan ammar sebagai ibu dan anak. Betapa buaian ni menyaksikan life cycle family kami. Tetiba satu malam tu aku masuk bilik tengok ada satu replika kecik buaian kaler putih atas meja, rupanya hubby yang beli sebagai simbolik buaian kat depan umah tu, laju je ayaq mata kluar sebab terharu kan. Ha, so sapa kata suami aku tak macam Seth Tan?! 

Sebenarnya suma suami kita macam Seth tau, cuba dok diam-diam pejam mata and try ingat balik suma yang depa dah buat mesti jumpa punya yg ala2 Seth buat kat Nora! Nak suruh jadi sebijik macam Seth tak dapat la nak nolong, perabih duit ja beli bunga sebonet baik belanja makan or beli ipad2 ke kat kita kan! Aku sendri pun bleh membebel kalo tetiba dia beli sebonet bunga kat aku, mau dari suprise dah jadi tensen plak, haha!

Apa-apa pun, jom la kita sambung tengok Nora Elena petang isnin ni, sesekali terbuai ngan cinta fantasi or separa fantasi ni tak salah, tengok pulak dengan hubby kat tepi kan, bahagia apa?!

p/s: saya berjaya memujuk Inchek Zul ke Cameron 8-10 june ni, kita tengok la nanti kot dia sendri nak tiru Seth, kot la kan..

4 comments:

cik_ah82 said...

hehe..sana seth, sini seth, depan seth, belakang pun seth jugak..hahah
tu yg amri kata, seb bek kami xfolow sgt cita tu, nnti mesti kuaq ayat 'nnti abg buat la jugak mcm seth ni'..hehe..
tp tu la kan, sebenaqnya wpun x 100% mcm seth, kita kena bersyukur kan ada husband dr org yg kena tggal suami, ibu tunggal tu..huhu..sedey!
xpala, buat masa ni, marilah kita dibuai2 dengan lagak seth saja..abis cita ni, kembali ke realiti balik..heheeh...

Dusty Pixie said...

hehe.. tu la syiok tengok terbuai tp depan mata xdak la sebijik camtu tp bersyukur la :)

BurBerry said...

betul tue ikhlas setiap pasangan kita ada cara mereka sendiri to show their love right..heheheh

Dusty Pixie said...

btul, setuju